top of page

PUNCA

1) Pemakanan

Majoriti penyebab kenaikan tahap kolesterol dalam badan kita adalah berasal daripada gula, lemak tepu dan juga lemak trans yang diambil daripada makanan harian kita. Pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol seperti telur dan makanan laut, hanya sedikit mempengaruhi bacaan kolesterol dalam badan.

Beberapa makanan yang perlu anda kurangkan untuk mengelakkan kolesterol jahat meningkat di dalam badan adalah:

  • Gula dan makanan manis

  • Ais krim

  • Majerin

  • Mentega

  • Pastri

  • Daging merah

​

Perlu diketahui bahawa gula itu sendiri tidak mempunyai kolesterol. Tetapi apabila ia memasuki badan, produk yang terhasil daripada metabolisma gula adalah Acetyl CoA. Acetyl CoA sepatutnya digunakan untuk menghasilkan tenaga. Namun, jika ia tidak digunakan oleh badan, ia akan ditukarkan samada menjadi kolestrol ataupun lemak.

​

Manakala pengambilan lemak seperti lemak trans dan lemak tepu juga akan meningkatkan kolesterol dalam badan jika ia tidak digunakan.

​

2) Gaya Hidup

Amalan gaya hidup yang tidak sihat juga menjadi faktor utama masalah kolesterol tinggi dalam darah. Kurang bersenam dan tidak aktif akan menyebabkan kadar LDL (kolesterol jahat) meningkat dan menurunkan HDL (kolesterol baik). Selain itu, merokok juga boleh menyebabkan kadar HDL (kolesterol baik) menurun.

​

 3) Keturunan

Walaupun begitu, terdapat juga sesetengah pesakit yang mengalami masalah kolesterol tinggi disebabkan keturunan (Familial hypercholesterolemia). Di dalam pesakit ini, terdapat genetik yang meningkatkan penghasilan kolesterol dalam badan dengan sendirinya.

​

4) Usia & Jantina

Tahap kolesterol mula meningkat pada umur  20 tahun. Oleh sebab itu, anda perlu sentiasa berhati dan berusaha untuk mengamalkan gaya hidup sihat apabila usia anda sudah mencecah 20-an untuk mengelakkan masalah kolesterol tinggi dalam badan.

Golongan lelaki juga lebih cenderung mengandungi tahap kolesterol yang tinggi berbanding wanita.

Kesimpulan

Banyak masalah kesihatan yang boleh diselesaikan dengan hanya mengubah corak pemakanan kepada diet seimbang dan juga mengamalkan gaya hidup yang sihat. Begitu juga dengan masalah kolesterol tinggi.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI BALKIS DI 012-22155597

​

ATAU

​

tekan sahaja link ini untuk whatsapp

Sesiapa yang nak tahu lebih banyak info tentang masalah 3 serangkai ni boleh follow dan like page

"Sihat Bersama Balkis"

Penghantaran
ninjavan-logo-print.png
pos_laju_lo_c1813601_16524_243_ARCH36931
COD
logo2.gif
Cara-Semak-Tracking-GDEX-Online.jpg
taqbin20logo.png.png
bottom of page